LECTURE SUBJECT:

Sunday, February 6, 2011

Hanya 55 peratus rancang pelan persaraan



KUALA LUMPUR – Masyarakat di negara maju sering mengimpikan untuk bersara awal dengan melakukan perkara yang mereka idam-idamkan selepas umur persaraan wajib tanpa terbeban dengan isu berkaitan kewangan.

Namun, semua impian itu mampu dicapai jika golongan pekerja tersebut merancang pelan persaraan masing-masing dengan teliti.

Pengurus Jenama dan Komunikasi AXA Affin Life Insurance Bhd., Michelle Tew berkata, bagaimanapun, fenomena tersebut kurang berlaku di negara ini kerana tidak ramai rakyat yang merancang pelan persaraan masing-masing pada masa yang betul.

“Secara purata setiap individu berkerjaya di Malaysia hanya mempunyai RM80,000 dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada umur persaraan malah sebahagian besar mereka terpaksa terus bekerja sehingga ada yang mencecah umur 70 tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Beliau menjelaskan, warga pekerja perlu menyimpan pendapatan yang mereka peroleh pada kadar yang tetap dan ini dapat membantu meningkatkan jumlah simpanan.


10:06 PM by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN · 0

UFO di Sabak Bernam?




TIGA pergerakan objek bercahaya yang berjaya dirakam di kawasan kem askar Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.


SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.

Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.

Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.

“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.

“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

10:04 PM by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN · 0

Monday, January 17, 2011

UFO lawat Menara KL?




OBJEK terbang yang tidak dikenali atau UFO (dalam bulatan) dirakam di ruang udara Menara Kuala Lumpur pada Selasa lalu.


KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.

Abdul Jalil Ibrahim, 50, berkata, pada kejadian pukul 7.46 pagi Selasa lalu, dia sedang merakam pemandangan awan dari tingkat 51 sebuah bangunan yang sedang dibina di sebelah sebuah hotel di Jalan Ampang di sini menggunakan telefon bimbit milik kawannya.

"Pada mulanya saya tidak menyedari ada objek pelik seakan-akan UFO (Objek Terbang Yang Tidak Dikenali) di dalam rakaman ini tetapi selepas empat hari, rakan setugas saya beritahu ada benda pelik pada gambar yang saya rakam dengan telefon bimbitnya.

"Apabila diteliti, saya terkejut melihat sebuah objek pelik berbentuk piring dan bujur berwarna hitam di ruang udara Menara KL," ceritanya lagi ketika ditemui Kosmo! semalam.

Bagaimanapun Abdul Jalil berkata, dia tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya objek berkenaan walaupun jarak tapak binaan dengan Menara KL hanya sejauh satu kilometer.

10:14 PM by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN · 0

Monday, December 13, 2010

Anak kerbau dibaham buaya di Malamala




SEEKOR buaya membahan anak kerbau di hutan simpan Malamala di Johannesburg, Afrika Selatan baru-baru ini.


JOHANNESBURG - Aksi seekor buaya besar yang membaham seekor anak kerbau di hadapan ibunya sempat dirakamkan di laluan berbasikal di hutan simpan Malamala di Johannesburg, Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej-imej dramatik itu dirakamkan oleh seorang pelancong Britain ketika sekumpulan kerbau melintasi kawasan berair tersebut baru-baru ini.

Semasa kumpulan kerbau itu berhenti untuk minum air, seekor buaya muncul secara tiba-tiba.

Malangnya, kerbau-kerbau yang pada kebiasaannya bersifat proaktif hanya membiarkan anak kerbau malang itu dibaham buaya. Selepas bergelut selama hampir dua jam, anak lembu yang kepenatan itu diseret masuk ke dalam air

10:11 PM by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN · 0

Pesawat nyaris ditelan awan ribut




SEBUAH pesawat (dalam bulatan) hampir ditelan awan ribut di Billings, Amerika Syarikat baru-baru ini.


BILLINGS - Satu klip video yang dirakamkan seorang jurugambar di Amerika Syarikat (AS), Doug Roane, menunjukkan detik-detik cemas sebuah pesawat penumpang cuba mengelak dari awam ribut gergasi yang sedang menuju ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pesawat itu kelihatan hampir ditelan awan ribut berkenaan yang menyelubungi langit di Montana baru-baru ini.

"Pesawat itu berada beberapa kilometer dari lapangan terbang di sini tetapi ia cuba mengelak daripada memasuki awan ribut itu," kata Roane, 46.

10:11 PM by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN · 0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Discussion