LECTURE SUBJECT:

Showing posts with label World. Show all posts
Showing posts with label World. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Kucing gemuk jadi sensasi



GAMBAR menunjukkan Giuly si kucing gemuk.


FLORENCE, Itali - Seekor kucing betina seberat enam kilogram menjadi sensasi di Internet setelah pemiliknya, Chiara Bagnoli, 28, memuat naik gambar kucing itu di laman web peribadi, lapor sebuah akhbar semalam.

Chiara memberitahu, kucing gemuk bernama Giuly yang berusia lima tahun itu mendapat perhatian pelayar Internet dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Kucing yang dibeli di sebuah kedai haiwan itu tidak kuat meragam.

Kucing itu sentiasa mengekori ke mana sahaja Chiara pergi seperti tabiat seekor anjing.

"Ia agak suka bermain tetapi sangat pemalas. Ia suka bersiar-siar dan memeluk pokok," kata Chiaraluk pokok," kata Chiara

5:24 PM by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN · 0

Monday, November 29, 2010

Hantu ditangkap mungkin penunggu



GAMBAR menunjukkan lembaga seperti separuh badan manusia (dalam bulatan) yang dipercayai hantu disimpan dalam sebuah botol selepas ditangkap di rumah Agus di Situbondo kelmarin.


SITUBONDO, Indonesia - Hantu yang ditangkap oleh seorang ahli paranormal dan disimpan di dalam sebuah botol kelmarin mungkin penunggu yang menjaga tombak lama di pekarangan rumah seorang penduduk tempatan, Agus, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Agus, paranormal yang menangkap hantu itu menyatakan jika ia berjaya ditangkap, kemungkinan makhluk tersebut merupakan penunggu yang menjaga sesuatu barang.

Tombak itu tertanam di pekarangan rumahnya dan selepas ia ditemui, hanya mata tombaknya sahaja kelihatan.

Menurut Agus, dia tidak mengetahui sama ada tombak itu peninggalan kerajaan zaman dahulu.

Namun, menurut ahli paranormal itu, tombak tersebut merupakan barang kuno.

"Kini, tombak itu sudah dibawa oleh paranormal (penangkap hantu)," katanya.

Kelmarin, akhbar Detikcom melaporkan bahawa hantu yang kelihatan seperti lembaga separuh badan manusia berwarna putih ditangkap oleh seorang ahli paranormal di rumah Agus

9:19 PM by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN · 0

Budak lapan tahun menari tarian breakdance



GAMBAR menunjukkan aksi Angelo Baligard yang disiarkan di laman YouTube.


HONOLULU, Hawaii - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dari Hawaii menjadi sensasi di Internet kerana dia menari tarian breakdance dengan kepalanya ke bawah manakala kakinya ke atas, lapor sebuah akhbar semalam.

Video penari cilik itu, Angelo Baligad, kini ditonton oleh lebih 336,000 orang di laman YouTube.

Dalam klip video tersebut, budak lelaki itu mendapat tepukan lebih gemuruh daripada penonton berbanding lawannya, Joshua Lee 'Milky' Ayers yang lebih tinggi daripadanya.

9:17 PM by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN · 0

Telur ayam dua kali lebih besar



GAMBAR menunjukkan telur ayam biasa (kanan) dan telur ayam sepanjang 9 sentimeter (kiri).


CHRISTCHURCH, Britain - Seekor ayam betina bernama Bolt di sini, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa, lapor sebuah akhbar semalam.

Panjang telur gergasi itu 9 sentimeter (sm) manakala lebarnya adalah 5.7sm.

Sloan yang merupakan seorang petani berusia 52 tahun berkata, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun telah memelihara ayam selama 15 tahun.

"Saya tidak pasti rekod dunia telur ayam tetapi telur ini amat besar," katanya baru-baru ini.

Rekod dunia telur ayam terbesar setakat ini menjadi milik Zhang Yinde iaitu seorang kakitangan Biro Perhutanan Daerah Suiling di China, setelah ayam peliharaannya mengeluarkan telur sepanjang 9.2sm dan lebar 6.3sm dengan berat 201 gram

9:16 PM by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN · 0

Wednesday, November 24, 2010

Saintis kaji ular terbang



SEEKOR ular Chrysopelea paradisi terbang dari satu kawasan tinggi dalam satu eksperimen di Amerika Syarikat.


WASHINGTON - Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan Amerika Syarikat (DARPA) membiayai projek untuk mengkaji bagaimana beberapa spesies ular pokok di Asia Tenggara boleh terbang di udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian itu dipercayai mempunyai implikasi besar bagi mencipta teknologi untuk membina pesawat kawalan jauh tentera yang dapat meluncur dengan lebih lancar.

Ahli biologi Universiti Virginia Tech, Jake Socha melakukan kajian dengan meneliti rakaman tiga dimensi (3D) bagaimana spesies ular Chrysopelea paradisi terbang ke udara dari kawasan setinggi 15 meter.

"Ular itu sendiri seperti satu sayap yang panjang. Sayap itu sentiasa meliuk dan berubah bentuk," kata Socha.

Menurutnya, pergerakan aneh itu menghasilkan kesan aerodinamik yang membolehkan ular itu meluncur dari pucuk pokok tinggi pada jarak hampir 245 meter.

Ular Chrysopelea paradisi itu didapati menipiskan badannya semasa di udara dan ia meliukkan badannya dari sisi ke sisi pada kelajuan tinggi

6:00 PM by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN · 0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Discussion