Thursday, February 18, 2010
MEMO FAKULTI INDUSTRI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Do you like this story?

Kepada : SEMUA PELAJAR FAKULTI INDUSTRI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FITM)
Daripada : Pentadbiran Akademik
Tarikh : 19 FEBRUARI 2010
Perkara : PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA PERPUSTAKAAN
Merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Perpustakaan UNISEL akan mengadakan Program Taklimat Pendidikan Pengguna Perpustakaan untuk pelajar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan panduan kepada pelajar cara-cara untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan disamping menggalakkan pelajar untuk membuat rujukan atau mengulangkaji pelajaran di perpustakaan.
Dimaklumkan bahawa program ini melibatkan 2 sesi. Sesi yang akan diadakan adalah seperti berikut :
i) Service & online database
· Memberi panduan dalam penggunaan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan seperti sistem pembekalan penerbitan (SPP)
· Membantu pelajar dalam pencarian maklumat secara atas talian (online) dengan tepat dan cepat menggunakan pangkalan-pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan.
ii) Bibliography Citation
· Membantu pelajar dalam kaedah membuat ‘citation’ yang betul mengikut standard yang telah dipilih. ‘citation style’ penting untuk tesis dan kertas projek pelajar.
Berikut merupakan tarikh bagi program tersebut diadakan:
Kehadiran adalah diwajibkan bagi semua pelajar FITM. Dimaklumkan pelajar dikehendaki untuk menyertai kedua-dua sesi dan perlulah mendaftar nama mengikut sesi dan tarikh yang dipilih seperti di atas di Pejabat Pentadbiran Akademik FITM selewat-lewatnya pada 24hb Februari 2010 (Rabu). Untuk makluman setiap sesi terhad kepada 30 pelajar.
Jika pelajar tidak tersenarai bagi sesi bulan Mac 2010 ini pelajar dikehendaki menghadirkan diri bagi sesi yang akan datang.
Sekian, harap maklum.

This post was written by: Franklin Manuel
Franklin Manuel is a professional blogger, web designer and front end web developer. Follow him on Twitter
0 Responses to “MEMO FAKULTI INDUSTRI TEKNOLOGI MAKLUMAT”
Post a Comment