LECTURE SUBJECT:

Wednesday, March 31, 2010

Guna Internet hubungi doktor pakar



BEBERAPA doktor menggunakan komputer di sebuah hospital di Kathmandu, Nepal pada 26 Mac lalu.


KATHMANDU - Pesakit-pesakit di pedalaman Nepal tidak lagi terabai kerana tidak lama lagi mereka boleh menghubungi doktor pakar menerusi Internet.

Kemudahan tersebut adalah antara skim inovatif pemerintah bagi meningkatkan tahap penjagaan kesihatan di kawasan pedalaman negara di banjaran Himalaya itu.

Dalam tempoh beberapa minggu lagi, 25 buah hospital daerah di banjaran Himalaya akan dihubungkan dengan doktor-doktor pakar di sini dan India melalui satelit.

Projek melibatkan kos AS$400,000 (RM1.3 juta) itu merupakan yang pertama seumpamanya di Nepal. - AFP

0 Responses to “Guna Internet hubungi doktor pakar”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Discussion