LECTURE SUBJECT:

Friday, April 9, 2010

Unisel: Isu enggan pindah tak timbul


Apr 9, 10 11:52am
Universiti Industri Selangor (Unisel) mempersoalkan tindakan pelajar bioteknologinya membantah pemindahan fakulti mereka di Shah Alam ke kampus induk universiti itu di Bestari Jaya.

Ini kerana dalam siri rundingan dengan pihak pentadbiran universiti sebelum ini, wakil pelajar didakwa telah menyatakan persetujuannya untuk berpindah.

Penolong pengurus komunikasi korporatnya Hasril Abu Hassan berkata selepas lima sesi pertemuan antara pihak universiti dan pelajar Fakulti Bioteknologi dan Sains Hayat (FBSH), isu keengganan pelajar untuk berpindah tidak pernah timbul.

"Hasil daripada pertemuan terbabit, Majlis Perwakilan Pelajar, pimpinan Persatuan Mahasiswa Bioteknologi dan Sains (Sobals) serta seluruh pelajar FBSH bersetuju untuk berpindah.

Hasril berkata, pengurusan Unisel juga bersetuju memberikan kemudahan asrama lengkap untuk pelajarnya di kampus Bestari Jaya - kemudahan yang didakwanya tidak diperolehi oleh semua pelajar di fakulti lain.

Kelmarin, kira-kira 50 pelajar bioteknogi Unisel berdemonstrasi di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri di Shah Alam bagi membantah tindakan universiti milik kerajaan Selangor itu memindahkan fakulti mereka.

Lengkap dalam pakaian makmal, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya camputangan membatalkan keputusan Unisel yang didakwa "bermasalah" dan dijalankan secara "kurang sempurna".

Dalam satu kenyataan malam tadi, tanpa menyatakan sebabnya dengan jelas, Hasril berkata, pemindahan itu terpaksa dilakukan ekoran pertumbuhan pesat dalam beberapa bidang pengajian di Unisel, yang mendorong kepada perubahan silibus program.

FBSH antara salah satu fakulti yang terlibat, tambahnya.

Sehubungan itu, Hasril meminta pelajar terbabit dapat memberikan kerjasama kepada pihak universiti dengan mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah daripada Mekah ke Madinah.

"Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan, hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan; jika kita renungkan maksud di sebalik lirik lagu sempena Maal Hijrah ini, sudah pasti setiap kekalutan dan kekeliruan ini tidak akan timbul, Insya-Allah," katanya.

0 Responses to “Unisel: Isu enggan pindah tak timbul”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Discussion