LECTURE SUBJECT:

Wednesday, August 18, 2010

Android mampu milik



MODEL beTouch E120 didatangkan dalam varian warna hitam, merah atau putih.


TIDAK perlu berhabisan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan sebuah telefon pintar yang dilengkapi spesifikasi hebat. Ini kerana, dengan hanya RM699, pengguna boleh memilih Acer beTouch E120 yang dilengkapi Internet mobil.

Tidak seperti telefon bimbit lain pada harga sama, beTouch E120 dilengkapi sambungan 3G yang membolehkan penggunanya melayari laman web, mengemaskini rangkaian sosial dan berada di talian pada bila-bila masa sahaja.

Ia menggunakan platform sistem operasi Android Donut dengan saiz paparan skrin sentuhan 2.8 inci QVGA dan pemproses ST Ericsson PNX6715. Selain itu, penguna dapat mengambil gambar yang baik menggunakan kamera 3.2 megapiksel dengan fokus tetap.

Siri ini menggunakan bateri Li-Poly 1500mAh yang tahan masa berbual sehingga 300 minit dan masa sedia sehingga 400 jam. Ia didatangkan dalam warna elegan iaitu hitam yang pasti sesuai dengan semua lapisan pengguna.


BAYANGKAN sebuah telefon pintar menjadi milik anda pada harga RM699 sahaja.


Dalam pada itu, ia juga mempunyai sambungan Wi-Fi, Bluetooth, GPS dan AGPS, slot Mikro-SD, Mikro-USB serta FM radio. Dengan beratnya hanya 109 gram, pastinya siri beTouch E120 ini selesa dalam genggaman dan ringan untuk digunakan.

Sementara itu, untuk tawaran lebih hebat pengguna boleh memilih siri beTouch E400 yang dikuasakan dengan sistem operasi Android 2.1 terbaru iaitu Eclair yang berharga RM1,099 sahaja.

Ia menyediakan aplikasi komuniti yang pelbagai, selain pengalaman muzik dan video yang mengujakan buat penggunanya. Ia juga menyediakan akses yang pantas ke laman web dan maklum balas segera daripada mel-mel popular, peta-peta dan aplikasi carian.

Para pengguna juga boleh kekal berhubung dengan rakan-rakan secara lebih mudah melalui e-mel, mesej segera dan rangkaian sosial yang lain sepanjang masa.

0 Responses to “Android mampu milik”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Discussion